Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.
- An-Nisa : 58
Ada kalanya, keadaan sekeliling dan cara engkau dibesarkan membuahkan sikap-sikap positif yang teratur dan sistematik itu seolah-olah mengorek lubang jurang makin dalam di antara tanah di sekeliling.
Bukanlah kelebihan dan kemahiran-kemahiran yang bersistem itu yang menjamin kebaikan dan kemaslahatan sepenuhnya ke atas adik-adik. Tetapi hati-hati yang mendokong sistemnya lah yang menjadi penentu kusam-lesu hati mereka atau sebaliknya, segar-bercahaya.
Sampaikanlah amanat kepada mereka yang berhak menerimanya.
Kita disini bukan penongkah bukan juga pengubah.
Tapi bahu-bahu yang menyambut kalau-kalau rebah.
Dengan cara yang baik.
Dengan pemahaman yang mendalam.
Dengan sabar tiada dendam.
Berlaku adil lah. segala ilmu itu milik Allah. segala kelebihan itu juga milik Allah.
Allah meredhakan kelebihan dan kemahiran itu untukmu dan sahabat-sahabatmu kerana keadaan dan hati-hati di sekelilingmu saat itu amat memerlukan.
Seandainya keadaan itu tidak memerlukannya lagi, segala kelebihan dan kemahiran itu akan di ambil semula.
Itulah titik tolak KESATUAN kita.
ya, KITA.
No comments:
Post a Comment