Friday, August 20, 2010

Orbit kita-


Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

- An-Nisa : 58

Ada kalanya, keadaan sekeliling dan cara engkau dibesarkan membuahkan sikap-sikap positif yang teratur dan sistematik itu seolah-olah mengorek lubang jurang makin dalam di antara tanah di sekeliling.
Bukanlah kelebihan dan kemahiran-kemahiran yang bersistem itu yang menjamin kebaikan dan kemaslahatan sepenuhnya ke atas adik-adik. Tetapi hati-hati yang mendokong sistemnya lah yang menjadi penentu kusam-lesu hati mereka atau sebaliknya, segar-bercahaya.

Sampaikanlah amanat kepada mereka yang berhak menerimanya.
Kita disini bukan penongkah bukan juga pengubah.
Tapi bahu-bahu yang menyambut kalau-kalau rebah.

Dengan cara yang baik.
Dengan pemahaman yang mendalam.
Dengan sabar tiada dendam.

Berlaku adil lah. segala ilmu itu milik Allah. segala kelebihan itu juga milik Allah.
Allah meredhakan kelebihan dan kemahiran itu untukmu dan sahabat-sahabatmu kerana keadaan dan hati-hati di sekelilingmu saat itu amat memerlukan.
Seandainya keadaan itu tidak memerlukannya lagi, segala kelebihan dan kemahiran itu akan di ambil semula.


Itulah titik tolak KESATUAN kita.
ya, KITA.

Di situlah cinta kau dan Dia II

(copy-paste dari website ikram selangor)


Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekalian,

Dakwah adalah cinta dan memang seperti itulah hakikat dakwah.

Cinta akan meminta semuanya dari diri kita bermula dari:

  1. Fikiran kita.
  2. Perhatian kita.
  3. Berjalan kita.
  4. Duduk kita.
  5. Tidur kita.

Bahkan di tengah-tengah kelelapan kita dalam tidur, isi mimpi kita pun tentang dakwah dan tentang umat yang kita cintai.


Memang seperti itulah hakikat dakwah. Ia menyedut :

  1. Saripati tenaga kita.
  2. Sampai ke tulang belulang kita.
  3. Sampai ke daging terakhir yang menempel di tubuh kita.

Tubuh yang sudah tidak berdaya dan mulai lemah diseret-seretnya serta dipaksa berlari.

Seperti itulah pula apa yang berlaku kepada rambut Rasulullah saw di mana kepalanya beruban kerana beban berat dari ayat yang diturunkan oleh Allah swt.


Sebagaimana tubuh mulia
Umar bin Abdul Aziz.

Dia memimpin hanya sebentar, namun kaum muslimin benar-benar kagum dengan usahanya di mana tidak ada lagi orang miskin yang boleh diberi sedekah di zamannya dan tubuhnya yang mulia itu terkoyak-koyak.


Sukar membayangkan sekuat mana
khalifah Umar bekerja. Tubuh yang segar bugar pada mulanya itu mulai ditimpa kelemahan dan kesakitan. Hanya dalam dua (2) tahun ia jatuh sakit dan kemudiannya meninggal dunia walaupun memang itu yang diharapkannya iaitu mati dalam keadaan jiwa yang tenang.


Dakwah bukannya :

a. Tidak meletihkan.

b. Tidak membosankan.

c. Tidak menyakitkan.

Bahkan juga para pejuang risalah bukannya sepi dari godaan kefuturan. Rasa letih dan sakit itu sentiasa bersama mereka sepanjang hidup yang dilalui.

Justeru kerana rasa letih dan sakit itu sentiasa mereka rasakan, sentiasa menemani mereka, sentiasa mengintai ke mana pun mereka pergi, maka akhirnya ianya menjadi sebahagian dari rutin kehidupan.


Kalau iman dan godaan rasa letih sentiasa bertempur, pada akhirnya
salah satunya mesti mengalah dan rasa letih itu sendiri yang akhirnya mulai lemah untuk mencekik iman lalu iman itu terus berkobar di dalam dada. (ingat tafsir surah at-Tin??)


Begitu pula rasa sakit di mana luka tidak akan terasa lagi sebagai luka sehingga ‘hasrat untuk mengeluh’ tidak lagi terlalu menggoda dibandingkan dengan
jihad yang begitu mempesonakan.

Maka oleh sebab itu, bagi seorang pejuang, walaupun tubuhnya dikelilingi keletihan dan kesakitan, jasadnya dikoyak oleh bebanan dakwah namun iman di hatinya tetap memancarkan cinta dan mengajak kita untuk terus berlari :

1. Teruslah bergerak, hingga keletihan itu penat mengikuti kita.

2. Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejar kita.

3. Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersama kita.

4. Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu lemah menyertai kita.

5. Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemani kita.

Dalam doa Rabithah, Imam Hasan Al Banna telah melakarkan bait-bait berikut :

‘Ya Allah Engkau tahu, Hati-hati ini telah Berkumpul dalam cinta-Mu, Bertemu dalam taat-Mu, Menyatu menolong dakwah-Mu, Berjanji memperjuangkan syariat-Mu, Maka eratkan ikatannya, Dan abadikan cintanya.....’. (Doa Rabithah)


Tidak ada penjelasan sejarah tentang suasana yang melatari Imam Hasan Al Banna di kala menulis beberapa potongan doa tersebut.

Ia menyebutnya sebagai ‘Wirid Pengikat’.

Pengikat hati yang sedang dibangunkan untuk memikul bebanan dakwah bagi kebangkitan umat di mana mereka memahami bahwa :

  1. Beban mereka berat.
  2. Jumlah mereka sedikit. (ingat risalah ta'lim..?? "Adakah kita orang yang bekerja??")
  3. Musuh mereka banyak.

Jadi mereka memerlukan landasan yang kukuh dan pengikat yang kuat.

Maka oleh itu :

1. Landasannya adalah iman.

2. Pengikatnya adalah cinta.

Cinta menjalin jiwa-jiwa mereka dalam kelembutan yang cukup menenangkan, maka setiap mereka adalah hamparan permaidani halus yang empuk dan masing-masing dengan bentuk yang unik mampu duduk bersama dalam keadaan santai.

Cinta mereka sentiasa mampu menampung semua bentuk perbezaan di mana ada kebebasan berpendapat namun tidak ada sikap yang melukakan hati saudaranya, begitu juga ada sikap keterbukaan tapi objektif dan matlamat tetap di atas segalanya.

Cinta melahirkan pertanggungjawaban di mana setiap mereka sentiasa bertanya tentang sejauh mana mereka mampu mempertanggungjawabkan sikap mereka di depan Allah swt nanti?

Cinta juga melahirkan kelembutan di mana perbezaan-perbezaan mereka dikelolakan dalam etika yang mampu menenangkan jiwa kerana setiap perbicaraan mereka sentiasa berakhir dengan amal. Perbezaan di antara mereka tidak akan mengubah situasi mereka sepertimana kata-kata penyair Mohamad Iqbal iaitu ‘Umpama penyapu lidi yang diikat dengan cinta untuk membersihkan kehidupan.’


Cinta juga memberi mereka tenaga di mana para pemikul beban kebangkitan itu pastilah akan menempuh jalan perjuangan yang penuh liku dan pendakian yang menyukarkan. Pada setiap satu jarak waktu dan tempat, nilai bebanan mereka semakin bertambah.

Hakikatnya mereka pasti mengalami proses penuaan diri, sepertimana sabda Rasulullah saw:

"Surah Hud dan saudara-saudaranya telah mengubankan rambutku."

Kalau bukanlah dengan tenaga yang kuat dan dahsyat itu, siapakah yang sanggup mendaki gunung sambil memikul bebanan di atas bahunya?

Itulah Cinta, sumber segala kekuatan.

Tenaga cinta menolak mereka untuk tumbuh, bergerak dan membangun dalam tempoh yang cepat di samping ikatan cinta yang mengatur irama mereka dalam keserasian yang begitu indah.

Itulah sumber yang membuatkan mereka kuat, tenang dan tidak pernah tergugah.

Jadi benarlah apabila Imam Hasan Al Banna mengumumkan kembali cintanya:


‘Maka Eratkan Ikatannya Dan Abadikan Cintanya.’

Ya Allah, tumbuhkanlah perasaan cinta di dalam hati kami terhadap saudara-saudara seperjuangan kami. Eratkanlah ikatan iman itu melalui ikatan cinta yang abadi sehingga ia menjadi tenaga yang mampu menegakkan tulang belulang kami dan meneruskan perjalanan dakwah yang panjang hingga kami mendapatkan kemenangan atau gugur syahid di jalanMu.

Ameen Ya Rabbal Alameen

Wan Ahmad Sanadi Wan Ali (WAS)
Shah Alam

Di situlah cinta kau dan Dia I


Jumaat.

Hari terakhir minggu bukan lah hari terbaik buat manusia biasa menerima tugas dan tanggungjawab berat yang membutuhkan ruh dan jasadnya bekerja.

Tapi kita bukan manusia biasa.

Kita para pencari cinta. Cinta yang takkan berhenti menarik-narik dan mengheret-heretmu di jalan-jalan tidak berturap untuk menuju kepadaNya. Hanya dirimu sendiri yang merelakan ia atau tidak.

Hari ini titis jernih ini mengalir juga. tangis bila ditegur Allah... Buat pertama kalinya bukan kerana tangis manja. tapi kerana penat menjamu jiwa. Penat mengejar cinta. - ah, manja lah tu maknanya!

Faghfirli ya Allah... faghfirli ya Allah, kerna bibir berkata ingin mengejar cinta. tapi tubuhku lesu seperti manusia yang hidup ditinggal cinta.

wahai DIRI, enti belum lagi hidup bekerja. enti belum lagi hidup sesibuk mana. enti belum lagi disibukkan dengan anak-anak dan zauj. enti belum lagi meniti tanggungjawab2 manusia biasa. buat masa ini, enti hanya ditugaskan bekerja untukNya. Mengapa penat itu yang menjadi perhatian masa??

Belajarlah... Belajarlah menjadi pencinta yang setia.

Dan bertahanlah.





Kerna hanya di situ adanya cinta kau dan Dia.


Thursday, August 19, 2010

Hari pertama-


Ingatlah akan kehidupan Nabi Adam, sedikit pun tidak merungut akan kekurangan dan panas pedih mentari yang menyelubunginya disaat hidup di BUMI. sedangkan kehidupannya di SYURGA sebelum ini terlalu hebat dan tiada tandingan.

Surah Taha(20):

115: Dan sungguh telah Kami pesankan pada nabi Adam dahulu, tapi dia lupa dan Kami tidak dapati kemahuan yang kuat padanya.
117: Kemudian Kami berfirman, "Wahai Adam! Sungguh ini (iblis) musuh bagimu dan bagi istrimu, maka sekali-kali jangan smpai dia mengeluarkan kamu berdua dari syurga, nant kamu celaka.
118: Sungguh ada (jaminan) untukmu disana, engkau tidak akan kelaparan dan tidak akan telanjang.
119: dan sungguh, di sana engkau tidak akan merasa dahaga dan tidak akan di timpa panas matahari.
121: Lalu keduanya memakannya, lalu tampaklah oleh keduanya aurat mereka dan mulailah keduanya menutupinya dengan daun-daun syurga. dan telah durhakalah Adam kepada Tuhannya dan sesatlah dia.

* Kesesatan yang ringan dan tidak disengajakan itu menjadi sebab Nabi Adam diarahkan untuk berada di tempat yang asing dan serba kekurangan baginya..apatah lagi kita yang hampir setiap saat berbuat dosa.Tetapi sedikit pun tidak pernah dirungut oleh Adam akan kesusahan hidupnya di BUMI, melainkan hanya hidup untuk bertaubat dan mencari redha Allah kembali.

Tempat baru dan segala kekurangan yang menyelubungi, serta keadaan sekeliling yang menekan bukanlah kesusahan sebenar.. kerana kesusahan sebenar itu di saat engkau tidak lagi berada di bawah kasih dan maaf Ilahi. Ya, mmg tidak diketahui apakah kesalahan yang dilakukan tetapi itulah kasih Allah.

Bukan taqdir yang berat ini sebagai bebanan. Tetapi kesabaran dan ketabahan serta taubat berpanjangan itu untuk bekal dirimu sendiri untuk negeri yang lebih berkekalan. Jagalah diri dari kemurkaan Allah. Andai ada peluang walau sesaat untuk mengumpul pahala dan berbuat kebaikan, LAKUKANlah. semoga ia menjadi pengganti setiap kekurangan.


p/s : bertahanlah dengan panas terik mentari dan manusia2 yang tidak memahami. kerna CINTA ALLAH yg kau CARI.


Kit perjalanan para jundi-


1. Tafsir kesayangan - Teman perjalanan yang paling ideal. Tiada alasan biar diri bermusafir seorang diri.

2. Selipan poket Al-Mathurat - Siang dan malam silih berganti. Rugilah kalau terlupa berzikir di setiap penggantian hari. Kalaupun kepulan awan sahaja yang menjamu mata kalian, tak salahkan kalau gunakan doa-doa ini mensyukuriNya di sepanjang perjalanan? ;)

3. Ipod / mp3 recording daurah - Oh ini terlalu berguna. Pendek kata, kecanggihan "Select" dalam penerbangan belum mampu memberikan kepuasan seperti yang ini. Kalau tertidur skali pun, InsyaAllah ada juga se ayat dua kata-kata sifu dalam kepala.

4. Buku catatan usrah / planner - Tentu anda pernah merasai sukarnya mengingat semula segala idea-idea hebat dan ayat-ayat penusuk jiwa. Inilah gunanya. boleh juga menjadi tempat menulis mengira budget di Malaysia ;)

5. Buku Tarbiyah - Sehebat-hebat bekalan ini, ia hanya ditempat ke-5 dalam hati saya. tapi bukanlah bererti ianya tidak bermakna. ini hanya menjadi teman setia di saat perjalanan turut serta ditemani tetamu bulanan setiap wanita. faham kn? hmmm...mungkin kerna saya akan lebih beremosi dan menjiwai setiap bait-bait pesanan dari kisah dakwah dan sirahnya. hihih.


* bekalan lain edisi "wajib" bagi para jundi pastinya , niat + doa + wuduk....jangan lupa niat khuf skali ya!



salam sayang,
qalb.

Monday, August 9, 2010

teman-


Maha suci Allah
segala puji bagiMu
tiada yang lain melainkanMu,
yang Maha Akbar


Buat antunna di sayang,
tiada yang mampu ku beri di saat akhir pertemuan.
Namun, segala yang di lalui bersama
adalah jejak-jejak langkah
yang sukar pudar dari relung kotak kehidupan

Ukhti,
segala puji buat yang Maha Perkasa.
kerna-Nya kita masih lagi dapat menghela nafas cinta antara kita
dan cuba mengabdikannya hingga ke syurga.
Andai masih ada sisa umur yang diizinkan untuk bertemu,
akan senantiasa ku berada di sisi kalian
walau di saat itu mungkin tiada lagi kata-kata semangat untuk di'ibrahkan

Ukhti,
bertahanlah selagi punya kudrat di badan
doakan aku juga demikian
kerna keadaan belum pasti membawaku dan kalian
terus-terusan bekerja kerana Tuhan

Walau jasad tidak lagi bersama,
walau ku tidak lagi dilihat dengan tawa penuh hilaian
diharap hadiah naif ini mampu menjadi teman
teman peniup semangat,
selepas ayat-ayat Allah dan kisah-kisah perjuangan

Yakinlah kalian,
tiada apa yang lebih meyakinkan
tiada apa yang lebih menyenangkan
tiada apa yang mampu menenangkan
dan tiada apa yang mampu memberi kepuasan
selain Kasih & Redha Tuhan.
pasti tiada yang engkau ragukan

.wallahu'alam.


Buatmu:

(members of Zahratul Widad)
Nurul Fadhilah
Nur Suliana
Suzila Hanafi
Izzati Bahauddin
Nadiah Mohd Zaki
Maisarah Tajuddin
Wan Nurul Atiqah
---
Nurul Fadzilah
Nurul Hamiza
---
Jannatun Nisa (^_^)
---

Bismillah.


buatmu yang jauh,

kerna kita buru Cinta yang sama.
Cinta sejak mula walau hingga hilang dimata
Cinta untuk manusia di luar jendela kita

Hijrah dengan cintaNya...
Di sinilah cinta sebenar kita bermula


Dengan nama Allah... ya Rahman ya Rahim.
-hati memulakan tinta