Friday, October 29, 2010

Surat dari hati-

Yang terhormat ustaz Hassan al-Banna,

Assalamualaikum wbth,

Apakah anda pernah mendengar tentang lelaki tanpa hati? Maaf, jika hati yang dimaksudkan adalah salah satu anggota tubuh dari daging yang berwarna merah, yang menarik dan melepaskan darahnya, tentu saja lelaki itu memilikinya. Yang dengannya dia dapat hidup & menjalani kehidupannya. Akan tetapi hat iyang bersemangat, kuat & hidup, sayang sekali dia tidak memilikinya

Dia mengetahui kebaikan meskipun kecil, dia juga mengetahui keburukan meski pun samar-samar.Seringkali dia benar2 merasai & memahami perilaku seseorang dari wajahnya & dapat memberi respon terhadap hal itu. Akan tetapi, dia tidak memiliki hati.

Ketika bertemu dengan teman lamanya yang sudah lama tidak bersua, dia bersalam lalu menggenggam tangannya kuat, bahkan memeluknya. Namun hatinya, tetap beku, sama sekali tidak terpengaruh. Dia memberi nasihat kepada orang lain, " Jadilah kalian begini & jadilah kalian begitu", serta menyebutkan pelbagai dalil & bukti, namun hatinya semakin keras & tidak terpengaruh.

Dia tersenyum kala mendengar berita gembira. Dia juga mengerutkan dahi saat menerima berita duka.Akan tetapi, kegembiraan & kesedihannya hanyalah reaksi semula jadi semata, sedangkan hatinya teta pdiam & tidak bergoncang. Dia menyatakan cinta & benci kepada seseorang. Tetapi ketika melihat hatinya,ia tetap diam tanpa memberi penjelasan.Dia berdiri menunaikan solat & berusaha khusyuk, membaca al-Quran & berusaha menumpukan perhatiannya. Ketika menunaikan solat, dia membaca bacaan solat dengan nadanya sehingga orang-orang pun berkata, " Dia itu khusyuk nampaknya." Akan tetapi ketika meraba hatinya, dia mendapatinya tuli& tidak khusyuk, walaupun memahami apa yang dibaca.Ini adalah gambaran sebenar yang terjadi pada hati lelaki itu.

Saya tidak melebih-lebihkan atau menguranginya. Menurut anda, apakah anda dapat mengatakan bahawa hatinya sama seperti kebiasaan hati orang-orang lain?Saya dianugerahi akal tetapi hati saya hilang. Saya merasakan akal fikiran saya cerdas berfikir, bekerja,hidup & menunjukkan kewujudannya. Akan tetapi, ketika saya ingin menghayati semua itu pada hati saya, sama sekali saya tidak menjumpainya. Saat ini, anda telah mendengar tentang seseorang lelaki yang tidak memiliki hati.Dia adalah seorang yang membuat perjanjian(baiah) dengan anda & anda teah mengambil janji setia darinya. Apakah anda rela jika seorang tentera anda hidup tanpa hati?

Apakah anda dapat membantu menghidupkan hatinya agar bergerak dan merasai apa yang diucapkan oleh lisannya?Inilah penyakit salah seorang tentera anda yang akan membuat anda sedih jika mengetahuinya. Ole hsebab itu, saya tidak akan menyebutkan namanya, hinggalah saya maklumkan anda bahawa dia telah sembuh.

Waalaikumussalam wbth

JAWAPAN ISHAB KEPADA RIJAL TANPA HATI

Waalaikumussalam warahmatullahi wabarakatuh,

Saya telah membaca suratmu dan sangat terpengaruh dengan kejujuran bahasamu, keindahan keberanianmu,halusnya kesedaranmu dan HIDUPNYA hatimu.Saudaraku, kamu bukan orang yang hatinya mati seperti yang kamu sangka.

Akan tetapi, kamu adalah seorang pemuda yang perasaannya tajam, jiwanya bersih dan nuraninya lembut. Seandainya tidak bersifat demikian,tentulah kamu engkari perasaanmu. Akan tetapi besarnya semangat & jauhnya tujuan( matlamat hidup)membuatmu menganggap kecil urusanmu yang besar & engkau mengharapkan tambahan untuknya. Tidak ada masalah dalam hal itu & memang itu yang sepatutnya berlaku.

Saya merasakan apa yang kamu rasakan, saya berjalan sebagaimana kamu berjalan & saya akan berusaha untuk memberikan beberapa nasihat. Jika nasihat-nasihat ini bermanfaat bagimu & dengan melaksanakannya kamu lihat dapat menghapuskan dahaga serta mengubati sakitmu, maka alhamdulillah atas taufikNya. Namun jika tidak demikian, maka saya senang untuk bertemu denganmu agar kita saling bekerjasama untuk mengenal pasti penyakitmu & menentukan ubatnya.

Berteman dengan orang-orang yang khusyuk yang selalu merenung, bergaul dengan orang yang selalu berfikir& menyendiri, dekat dengan orang yang bertaqwa & soleh yang dari mereka terpancar hikmah & dari wajah mereka terpancar cahaya, & dari hati mereka bertambah makrifat -dan jumlah mereka adalah sedikit- adalah ubat yang mujarab.

Berusahalah berteman dengan orang-orang seperti mereka, selalu bersama mereka, kembali kepada mereka & kamu sambungkan rohmu dengan roh mereka, jiwamu dengan jiwa mereka serta kamu habiskan kebanyakan waktu kosongmu bersama mereka. Hati-hatilah dengan orang yang mengaku-ngaku. Carilah orangyang keadaannya membuatmu bangkit bersemangat, perbuatannya membawamu berbuat baik & jika kamu melihatnya maka kamu mengingat Allah.

Berteman dengan orang-orang seperti ini adalah salah satu ubat yang mujarab kerana watak manusia sering mencuri, sehinggalah hati terpengaruh dengan hati yang lain dan jiwa pun mengambil contoh dari jiwa yang lain. Oleh kerana itu, berusahalah untuk menemukan jiwa-jiwa yang soleh sebagai teman.

Saudaraku, berfikir, berzikir di waktu-waktu yang suci, menyendiri, bermunajat serta merenung alam yang indah dan menakjubkan, menggali rahsia keindahan & keagungan alam, meneliti dengan hati & berzikir dengan lisantentang tanda keagungan yang menakjubkan serta hikmah yang agung ini, termasuk hal yang memberi kehidupan kepada hati dan menyinari kalbu dengan keimanan & keyakinan.

Allah swt berfirman; “Sesungguhnya dalampenciptaan langit & buni, dan silih bergantinya malam & siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yangberakal.” (Ali-Imran : 190)

Saudaraku, seterusnya berfikir tentang masyarakat, melihat pelbagai penderitaan, kebahagiaan, kesulitan serta keamanan, menjenguk orang sakit, menggembirakan orang yang ditimpa bencana & mengetahui sebab kesengsaraan yang berbentuk pembangkangan, kekafiran, kezaliman, pelanggaran, sikap mementingkan diri, egois,terpedaya oleh hal-hal yang semu, semua ini merupakan cantuman bagi rantaian hati yang menyatukan cerai berainya & menghidupkannya dari kematian.

Maka berusahalah agar kewujudanmu menjadi penghibur bagi sengsara & tertimpa bencana. Tidak ada perkara yang pengaruhnya lebih kuat terhadap perasaan daripada berbuat baik kepada orang yang sangat memerlukan, membantu orang yang teraniaya atau berkongsi rasadengan orang yang susah atau sedih.

Saudaraku, hati ada di tangan Allah. Dia mengubahnya sesuai dengan kehendakNya. Oleh kerana itu, bersungguh-sungguhlah dalam berdoa, agar Dia memberikan kehidupan kepada hatimu, membuka dadamu dengan iman &melimpahkan keyakinan kepadamu sebagai anugerah serta nikmat dariNya. Berdoalah di waktu-waktu mustajab &waktu sahur kerana doa pada watu sahur adalah ibarat anak panah yang meluncur tidak terhenti sehingga sampa ike Arasy. Saya tidak meragui keikhlasanmu dalam mencapai tujuan & kejujuran dalam pengakuanmu. Allah swtberfirman; “Sesungguhnya Allah hanya menerima (korban) dari orang-orang yang bertaqwa.”(Al-Maidah : 27)

Saudaramu, Hassan Al-Banna.

Tuesday, October 12, 2010

Cinta dan cita-

salam akhwat!

oh. terlalu lama rasanya akak xupdate blog nih.

janjinya mahu berkongsi bersama kalian sebelum pulang.

tapi janjinya masih seperti janji-janji insan berfikrah yg lemah dan longlai.

seolah-olah janjinya bulan depan, tapi tahun depan pun belum tertunai.

Nauzubillah, Ya Allah...

Jadikan aku hamba yang kuat keazaman serta kuat hubungn cintanya ya Allah!

rasa cinta dan cita yang mampu meringankan berat kaki yang melangkah.

cinta dan cita yang menarik tegang kendur otot-otot mengejar masa

serta cinta dan cita yang mengeringkan air mata.


baiklah dik, mulai hari ni akak akan berusaha mengupdate blog ni setiap hari. moga Allah tetap meluruskan hati akak untuk melakukan semua ini untuk Nya, bersandarkan adik-adik yang akak sayang sgt nih - yg mana sbenarnya tempat yg Allah beri peluang untuk kita menjana pahala. insyaAllah :)

banyak sgt yang akak belajar disini...kalau boleh xnak terlepas satu peluang pun bercerita tentang kehidupan daie ditanah air sendiri.

Tup-tup, tinggal sbulan je lagi adik2 akan balik...risau sgt andai janji akak pada diri akak ni xtertunai. Lepas ni, kalau akak xupdate ape2 kat cni tolong 'goncang2' kan akak ye.

Kalaupun ia tidak mampu menjadi pedoman buat adik...

akak hanya ada ini buat akak rasa adik disisi, adik rasa akak disisi,

dan yg paling penting...KITA rasai bersama jalan 'ini'.


sampai nant,

qalb

03:54

Saturday, October 2, 2010

Battles-

Salam...

Curhat ni buat ana bermuhasabah diri... Dimana silap ana?
ana sedar, banyak Tapi banyak di mana? dan apa silap yang banyaknya?


Banyak kali ana baca curhat ni nak fahamkan...
tapi semakin difahami, semakin terasa keadaan sebenar itu sgt complicated.
Mahu tak mahu...tetap perlu dibetulkan. Tapi pangkal permasalahannya masih samar dalam fikiran ana.
Nak dibetulkan di tengah2nya takut tersalah pula.
Tapi xmengapa kan akhwat? Suma masalah ni mungkin hanya masalah biasa....cuma kita saja yg baru jumpa.

Semestinya khilaf/kekusutan atau berjayanya sesbuah dakwah itu milik Allah...
tapi cepat atau lambatnya kejayaan D & T tu kita juga penyumbangnya.
Buat masa skrg ana belum terlintas apa permulaan langkah membetulkannya, antunna ada?? :)
Kerna masalah sudah didepan mata...kalau setakat nk ikut apa yg ada, itu bukan KITA.
Yang ada dalam fikiran ana skrg hanya membetulkan apa yg didalam hati..
adakah semua yang ana faham hari ini selari dengan perbuatan dan hidupnya jasad ana sehari-hari?
ikhlaskah ana setiap kali memberi dan menerima?
ghururkah ana dalam kerja yang kita buat bersama2?
nampak banyak membukit tinggi...tapi ana takut kalau itu hanya bukit pasir yang terbang ditiup angin di akhirat nant.
Moga treatment berulang kali ni meredhakan kita untuk dapat solusi!

Yang pasti ini bukan kerja sebulan dua...
yang penting cari dulu istiqamah kita, istiqamah ana (nah, inilah ujian org yang masa lapangnya melimpah ruah mcm ana! nak cuba? - harapnya kenyataan ini boleh jd pengubat usrati2 yang sibuk seperti Mala dan doktor2 kita) .
Kalau pun tiada perkara yang berubah, ana rasa sesi pembelajaran kita dengan Allah di tempat itu are big enough untuk kita betulkan what's in our own heart as well as a precious experience for our future da'wah's job application.


Doa.

Curhat ni buat ana bermuhasabah diri... Dimana silap ana.
ana sedar.. banyak Tapi banyak di mana? dan apa silap yang banyaknya?

HATI kesatria


" Our problem is one of spirituality. If a man comes speak to me about the reforms to be undertaken in the MusLim world, about political strategies and of great geo-strategic plans, my 1st question to him would be whether he performed the dawn prayer in its time."
- Ramadan Al-Buti



di sini, tiada lagi peneman diri yang seringkali mengingatkan
di sini, tiada lagi para pencinta yang bersama-sama berikrar setia
yang ada cuma HATI kita.

moga bersedia.




Tiada ganti-


"Sungguh, akak juga amat merindui perasaan itu. kalau orang lebih teringat-ingatkan ulang tahun kelahiran, akak lebih tringatkan tahun itu, saat-saat itu.

sayang sekali tiada tarikh ulang tahun yang pasti untuk diingati..Mungkin kerana Allah mahu kita merasai saat-saat itu setiap hari."



Wednesday, September 1, 2010


always stand up when standing is not easy.


- 310810, 11.38pm
Minden

Friday, August 20, 2010

Orbit kita-


Sesungguhnya Allah menyuruh kamu menyampaikan amanat kepada yang berhak menerimanya, dan (menyuruh kamu) apabila menetapkan hukum di antara manusia supaya kamu menetapkan dengan adil. Sesungguhnya Allah memberi pengajaran yang sebaik-baiknya kepadamu. Sesungguhnya Allah adalah Maha Mendengar lagi Maha Melihat.

- An-Nisa : 58

Ada kalanya, keadaan sekeliling dan cara engkau dibesarkan membuahkan sikap-sikap positif yang teratur dan sistematik itu seolah-olah mengorek lubang jurang makin dalam di antara tanah di sekeliling.
Bukanlah kelebihan dan kemahiran-kemahiran yang bersistem itu yang menjamin kebaikan dan kemaslahatan sepenuhnya ke atas adik-adik. Tetapi hati-hati yang mendokong sistemnya lah yang menjadi penentu kusam-lesu hati mereka atau sebaliknya, segar-bercahaya.

Sampaikanlah amanat kepada mereka yang berhak menerimanya.
Kita disini bukan penongkah bukan juga pengubah.
Tapi bahu-bahu yang menyambut kalau-kalau rebah.

Dengan cara yang baik.
Dengan pemahaman yang mendalam.
Dengan sabar tiada dendam.

Berlaku adil lah. segala ilmu itu milik Allah. segala kelebihan itu juga milik Allah.
Allah meredhakan kelebihan dan kemahiran itu untukmu dan sahabat-sahabatmu kerana keadaan dan hati-hati di sekelilingmu saat itu amat memerlukan.
Seandainya keadaan itu tidak memerlukannya lagi, segala kelebihan dan kemahiran itu akan di ambil semula.


Itulah titik tolak KESATUAN kita.
ya, KITA.

Di situlah cinta kau dan Dia II

(copy-paste dari website ikram selangor)


Assalamualaikum ikhwah dan akhawat sekalian,

Dakwah adalah cinta dan memang seperti itulah hakikat dakwah.

Cinta akan meminta semuanya dari diri kita bermula dari:

  1. Fikiran kita.
  2. Perhatian kita.
  3. Berjalan kita.
  4. Duduk kita.
  5. Tidur kita.

Bahkan di tengah-tengah kelelapan kita dalam tidur, isi mimpi kita pun tentang dakwah dan tentang umat yang kita cintai.


Memang seperti itulah hakikat dakwah. Ia menyedut :

  1. Saripati tenaga kita.
  2. Sampai ke tulang belulang kita.
  3. Sampai ke daging terakhir yang menempel di tubuh kita.

Tubuh yang sudah tidak berdaya dan mulai lemah diseret-seretnya serta dipaksa berlari.

Seperti itulah pula apa yang berlaku kepada rambut Rasulullah saw di mana kepalanya beruban kerana beban berat dari ayat yang diturunkan oleh Allah swt.


Sebagaimana tubuh mulia
Umar bin Abdul Aziz.

Dia memimpin hanya sebentar, namun kaum muslimin benar-benar kagum dengan usahanya di mana tidak ada lagi orang miskin yang boleh diberi sedekah di zamannya dan tubuhnya yang mulia itu terkoyak-koyak.


Sukar membayangkan sekuat mana
khalifah Umar bekerja. Tubuh yang segar bugar pada mulanya itu mulai ditimpa kelemahan dan kesakitan. Hanya dalam dua (2) tahun ia jatuh sakit dan kemudiannya meninggal dunia walaupun memang itu yang diharapkannya iaitu mati dalam keadaan jiwa yang tenang.


Dakwah bukannya :

a. Tidak meletihkan.

b. Tidak membosankan.

c. Tidak menyakitkan.

Bahkan juga para pejuang risalah bukannya sepi dari godaan kefuturan. Rasa letih dan sakit itu sentiasa bersama mereka sepanjang hidup yang dilalui.

Justeru kerana rasa letih dan sakit itu sentiasa mereka rasakan, sentiasa menemani mereka, sentiasa mengintai ke mana pun mereka pergi, maka akhirnya ianya menjadi sebahagian dari rutin kehidupan.


Kalau iman dan godaan rasa letih sentiasa bertempur, pada akhirnya
salah satunya mesti mengalah dan rasa letih itu sendiri yang akhirnya mulai lemah untuk mencekik iman lalu iman itu terus berkobar di dalam dada. (ingat tafsir surah at-Tin??)


Begitu pula rasa sakit di mana luka tidak akan terasa lagi sebagai luka sehingga ‘hasrat untuk mengeluh’ tidak lagi terlalu menggoda dibandingkan dengan
jihad yang begitu mempesonakan.

Maka oleh sebab itu, bagi seorang pejuang, walaupun tubuhnya dikelilingi keletihan dan kesakitan, jasadnya dikoyak oleh bebanan dakwah namun iman di hatinya tetap memancarkan cinta dan mengajak kita untuk terus berlari :

1. Teruslah bergerak, hingga keletihan itu penat mengikuti kita.

2. Teruslah berlari, hingga kebosanan itu bosan mengejar kita.

3. Teruslah berjalan, hingga keletihan itu letih bersama kita.

4. Teruslah bertahan, hingga kefuturan itu lemah menyertai kita.

5. Tetaplah berjaga, hingga kelesuan itu lesu menemani kita.

Dalam doa Rabithah, Imam Hasan Al Banna telah melakarkan bait-bait berikut :

‘Ya Allah Engkau tahu, Hati-hati ini telah Berkumpul dalam cinta-Mu, Bertemu dalam taat-Mu, Menyatu menolong dakwah-Mu, Berjanji memperjuangkan syariat-Mu, Maka eratkan ikatannya, Dan abadikan cintanya.....’. (Doa Rabithah)


Tidak ada penjelasan sejarah tentang suasana yang melatari Imam Hasan Al Banna di kala menulis beberapa potongan doa tersebut.

Ia menyebutnya sebagai ‘Wirid Pengikat’.

Pengikat hati yang sedang dibangunkan untuk memikul bebanan dakwah bagi kebangkitan umat di mana mereka memahami bahwa :

  1. Beban mereka berat.
  2. Jumlah mereka sedikit. (ingat risalah ta'lim..?? "Adakah kita orang yang bekerja??")
  3. Musuh mereka banyak.

Jadi mereka memerlukan landasan yang kukuh dan pengikat yang kuat.

Maka oleh itu :

1. Landasannya adalah iman.

2. Pengikatnya adalah cinta.

Cinta menjalin jiwa-jiwa mereka dalam kelembutan yang cukup menenangkan, maka setiap mereka adalah hamparan permaidani halus yang empuk dan masing-masing dengan bentuk yang unik mampu duduk bersama dalam keadaan santai.

Cinta mereka sentiasa mampu menampung semua bentuk perbezaan di mana ada kebebasan berpendapat namun tidak ada sikap yang melukakan hati saudaranya, begitu juga ada sikap keterbukaan tapi objektif dan matlamat tetap di atas segalanya.

Cinta melahirkan pertanggungjawaban di mana setiap mereka sentiasa bertanya tentang sejauh mana mereka mampu mempertanggungjawabkan sikap mereka di depan Allah swt nanti?

Cinta juga melahirkan kelembutan di mana perbezaan-perbezaan mereka dikelolakan dalam etika yang mampu menenangkan jiwa kerana setiap perbicaraan mereka sentiasa berakhir dengan amal. Perbezaan di antara mereka tidak akan mengubah situasi mereka sepertimana kata-kata penyair Mohamad Iqbal iaitu ‘Umpama penyapu lidi yang diikat dengan cinta untuk membersihkan kehidupan.’


Cinta juga memberi mereka tenaga di mana para pemikul beban kebangkitan itu pastilah akan menempuh jalan perjuangan yang penuh liku dan pendakian yang menyukarkan. Pada setiap satu jarak waktu dan tempat, nilai bebanan mereka semakin bertambah.

Hakikatnya mereka pasti mengalami proses penuaan diri, sepertimana sabda Rasulullah saw:

"Surah Hud dan saudara-saudaranya telah mengubankan rambutku."

Kalau bukanlah dengan tenaga yang kuat dan dahsyat itu, siapakah yang sanggup mendaki gunung sambil memikul bebanan di atas bahunya?

Itulah Cinta, sumber segala kekuatan.

Tenaga cinta menolak mereka untuk tumbuh, bergerak dan membangun dalam tempoh yang cepat di samping ikatan cinta yang mengatur irama mereka dalam keserasian yang begitu indah.

Itulah sumber yang membuatkan mereka kuat, tenang dan tidak pernah tergugah.

Jadi benarlah apabila Imam Hasan Al Banna mengumumkan kembali cintanya:


‘Maka Eratkan Ikatannya Dan Abadikan Cintanya.’

Ya Allah, tumbuhkanlah perasaan cinta di dalam hati kami terhadap saudara-saudara seperjuangan kami. Eratkanlah ikatan iman itu melalui ikatan cinta yang abadi sehingga ia menjadi tenaga yang mampu menegakkan tulang belulang kami dan meneruskan perjalanan dakwah yang panjang hingga kami mendapatkan kemenangan atau gugur syahid di jalanMu.

Ameen Ya Rabbal Alameen

Wan Ahmad Sanadi Wan Ali (WAS)
Shah Alam

Di situlah cinta kau dan Dia I


Jumaat.

Hari terakhir minggu bukan lah hari terbaik buat manusia biasa menerima tugas dan tanggungjawab berat yang membutuhkan ruh dan jasadnya bekerja.

Tapi kita bukan manusia biasa.

Kita para pencari cinta. Cinta yang takkan berhenti menarik-narik dan mengheret-heretmu di jalan-jalan tidak berturap untuk menuju kepadaNya. Hanya dirimu sendiri yang merelakan ia atau tidak.

Hari ini titis jernih ini mengalir juga. tangis bila ditegur Allah... Buat pertama kalinya bukan kerana tangis manja. tapi kerana penat menjamu jiwa. Penat mengejar cinta. - ah, manja lah tu maknanya!

Faghfirli ya Allah... faghfirli ya Allah, kerna bibir berkata ingin mengejar cinta. tapi tubuhku lesu seperti manusia yang hidup ditinggal cinta.

wahai DIRI, enti belum lagi hidup bekerja. enti belum lagi hidup sesibuk mana. enti belum lagi disibukkan dengan anak-anak dan zauj. enti belum lagi meniti tanggungjawab2 manusia biasa. buat masa ini, enti hanya ditugaskan bekerja untukNya. Mengapa penat itu yang menjadi perhatian masa??

Belajarlah... Belajarlah menjadi pencinta yang setia.

Dan bertahanlah.





Kerna hanya di situ adanya cinta kau dan Dia.


Thursday, August 19, 2010

Hari pertama-


Ingatlah akan kehidupan Nabi Adam, sedikit pun tidak merungut akan kekurangan dan panas pedih mentari yang menyelubunginya disaat hidup di BUMI. sedangkan kehidupannya di SYURGA sebelum ini terlalu hebat dan tiada tandingan.

Surah Taha(20):

115: Dan sungguh telah Kami pesankan pada nabi Adam dahulu, tapi dia lupa dan Kami tidak dapati kemahuan yang kuat padanya.
117: Kemudian Kami berfirman, "Wahai Adam! Sungguh ini (iblis) musuh bagimu dan bagi istrimu, maka sekali-kali jangan smpai dia mengeluarkan kamu berdua dari syurga, nant kamu celaka.
118: Sungguh ada (jaminan) untukmu disana, engkau tidak akan kelaparan dan tidak akan telanjang.
119: dan sungguh, di sana engkau tidak akan merasa dahaga dan tidak akan di timpa panas matahari.
121: Lalu keduanya memakannya, lalu tampaklah oleh keduanya aurat mereka dan mulailah keduanya menutupinya dengan daun-daun syurga. dan telah durhakalah Adam kepada Tuhannya dan sesatlah dia.

* Kesesatan yang ringan dan tidak disengajakan itu menjadi sebab Nabi Adam diarahkan untuk berada di tempat yang asing dan serba kekurangan baginya..apatah lagi kita yang hampir setiap saat berbuat dosa.Tetapi sedikit pun tidak pernah dirungut oleh Adam akan kesusahan hidupnya di BUMI, melainkan hanya hidup untuk bertaubat dan mencari redha Allah kembali.

Tempat baru dan segala kekurangan yang menyelubungi, serta keadaan sekeliling yang menekan bukanlah kesusahan sebenar.. kerana kesusahan sebenar itu di saat engkau tidak lagi berada di bawah kasih dan maaf Ilahi. Ya, mmg tidak diketahui apakah kesalahan yang dilakukan tetapi itulah kasih Allah.

Bukan taqdir yang berat ini sebagai bebanan. Tetapi kesabaran dan ketabahan serta taubat berpanjangan itu untuk bekal dirimu sendiri untuk negeri yang lebih berkekalan. Jagalah diri dari kemurkaan Allah. Andai ada peluang walau sesaat untuk mengumpul pahala dan berbuat kebaikan, LAKUKANlah. semoga ia menjadi pengganti setiap kekurangan.


p/s : bertahanlah dengan panas terik mentari dan manusia2 yang tidak memahami. kerna CINTA ALLAH yg kau CARI.


Kit perjalanan para jundi-


1. Tafsir kesayangan - Teman perjalanan yang paling ideal. Tiada alasan biar diri bermusafir seorang diri.

2. Selipan poket Al-Mathurat - Siang dan malam silih berganti. Rugilah kalau terlupa berzikir di setiap penggantian hari. Kalaupun kepulan awan sahaja yang menjamu mata kalian, tak salahkan kalau gunakan doa-doa ini mensyukuriNya di sepanjang perjalanan? ;)

3. Ipod / mp3 recording daurah - Oh ini terlalu berguna. Pendek kata, kecanggihan "Select" dalam penerbangan belum mampu memberikan kepuasan seperti yang ini. Kalau tertidur skali pun, InsyaAllah ada juga se ayat dua kata-kata sifu dalam kepala.

4. Buku catatan usrah / planner - Tentu anda pernah merasai sukarnya mengingat semula segala idea-idea hebat dan ayat-ayat penusuk jiwa. Inilah gunanya. boleh juga menjadi tempat menulis mengira budget di Malaysia ;)

5. Buku Tarbiyah - Sehebat-hebat bekalan ini, ia hanya ditempat ke-5 dalam hati saya. tapi bukanlah bererti ianya tidak bermakna. ini hanya menjadi teman setia di saat perjalanan turut serta ditemani tetamu bulanan setiap wanita. faham kn? hmmm...mungkin kerna saya akan lebih beremosi dan menjiwai setiap bait-bait pesanan dari kisah dakwah dan sirahnya. hihih.


* bekalan lain edisi "wajib" bagi para jundi pastinya , niat + doa + wuduk....jangan lupa niat khuf skali ya!



salam sayang,
qalb.

Monday, August 9, 2010

teman-


Maha suci Allah
segala puji bagiMu
tiada yang lain melainkanMu,
yang Maha Akbar


Buat antunna di sayang,
tiada yang mampu ku beri di saat akhir pertemuan.
Namun, segala yang di lalui bersama
adalah jejak-jejak langkah
yang sukar pudar dari relung kotak kehidupan

Ukhti,
segala puji buat yang Maha Perkasa.
kerna-Nya kita masih lagi dapat menghela nafas cinta antara kita
dan cuba mengabdikannya hingga ke syurga.
Andai masih ada sisa umur yang diizinkan untuk bertemu,
akan senantiasa ku berada di sisi kalian
walau di saat itu mungkin tiada lagi kata-kata semangat untuk di'ibrahkan

Ukhti,
bertahanlah selagi punya kudrat di badan
doakan aku juga demikian
kerna keadaan belum pasti membawaku dan kalian
terus-terusan bekerja kerana Tuhan

Walau jasad tidak lagi bersama,
walau ku tidak lagi dilihat dengan tawa penuh hilaian
diharap hadiah naif ini mampu menjadi teman
teman peniup semangat,
selepas ayat-ayat Allah dan kisah-kisah perjuangan

Yakinlah kalian,
tiada apa yang lebih meyakinkan
tiada apa yang lebih menyenangkan
tiada apa yang mampu menenangkan
dan tiada apa yang mampu memberi kepuasan
selain Kasih & Redha Tuhan.
pasti tiada yang engkau ragukan

.wallahu'alam.


Buatmu:

(members of Zahratul Widad)
Nurul Fadhilah
Nur Suliana
Suzila Hanafi
Izzati Bahauddin
Nadiah Mohd Zaki
Maisarah Tajuddin
Wan Nurul Atiqah
---
Nurul Fadzilah
Nurul Hamiza
---
Jannatun Nisa (^_^)
---